Tuesday, April 16, 2013

# Ayam si Merah dan Bokchay Bawang Rangup



Salam,


Sekarang aku lebih banyak memasak berbanding dulu.. bukan malas memasak tapi oleh kerana ruang masa untuk membeli barangan basah terhad.

Selepas tonton ceramah pasal ilmu pandangan berkenaan halal dan suci. Setiap makanan halal adalah halal, namun yang membezakannya adakah ia diberkati dan suci seperti makanan yang dimasak oleh orang fasik dan orang yang beramal soleh. Jadi makanan inilah yang membentuk peribadi kita.. Sebab inilah yang membuat semangat aku memasak untuk keluarga lebih membara di samping memperbaiki kekurangan diri ini.. hamba yang sering khilaf..

Anyway, cooking is my passion ^_^

Ayam si merah dan bokchay bawang rangup.. dimasak untuk makan malam sekaligus sebagai bekalan makanan tengahari keesokkan harinya.. dimasak dengan penuh kasih sayang



Ayam Si Merah
Resepi : Ayam si Merah

Bahan-bahan:

  • 1/4 ekor ayam
  • 2-3 senduk cili kering dikisar
  • 1 bawang merah dihiris kasar
  • 1 bawang putih hiris halus
  • 1 asam keping
  • 4 sudu sos tomato
  • gula dan garam
  •  minyak memasak
Cara-cara:
  • goreng ayam terlebih dahulu dan ketepikan
  • tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar
  • kacau hingga cili sedikit gelap dan masukkan sos tomato
  • perasakan garam dan gula. biar lebih rasa manis dari masin
  • masuk asam keping dan akhir sekali masukkan ayam dan bawang..gaul sebati sehingga bawang layu dan siap

Bok chay Bawang Rangup

Resepi : Bok Chay Bawang Rangup

Bahan -bahan : 
  • seikat sawi bok chay
  • sos tiram
  • 1 bawang putih dan bawng merah hiris halus
  • garam
cara-cara:
  • rebus bok chay dan toskan air. jangan rebus lama sangat sehingga terlalu lembut
  • bawang yang dihiris digoreng hingga rangup
  • sos tiram ditambah dengan sedikit air dan garam, kacau sebati kemuadian siram ke atas sayur tadi
  • tabur bawang yang telah siap digoreng 



'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa kesudahan tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai tuhan kami'




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...