Thursday, December 30, 2010

#38 saDin kUHitAm

salam..

masak sadin dalam tin.. terutamanya 'ayam di luar ikan di dalam' boleh dipelbagaikan.. jangan terikat pada resepi yang sama dan yg diperturun dari turun temurun.. yer.. aku suka ubah resepi sendiri.. sebab memasak asasnya sama.. aiseyh.. ayat cam pakar memasak.. pakar memakan boleh la.. haha

dan ini dia mYDinNer sadin lada hitam.. aku jatuh cinta pada lada hitam sejak kenali myzot.. pencinta lada hitam terhebat yang aku pernah jumpa.. sayang dan rindu myzot! memasak lebih mudah dengan perencah nasi goreng lada hitam ala warung maggi.. buat apa susah-susah.. kita yang buat dia..hee



sadin ku hitam



iklan tak berbayar.. ikhlas di mYDinner





''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Tuesday, December 14, 2010

#37 bLackPepper ChiCKEN spAghetti

salam..


padahal malam ini aku rancang tak nak makan malam.. sebab rasa kenyang lagi makan tengahari tadi.. tambah pula kenyang makan malam semalam di Seoul Garden @ OU.. kalau la boleh camtu.. sangat jimat.. tak rugi makan banyak-banyak dan bayar mahal-mahal.. tapi itu mustahil buat manusia biasa macam aku nih.. uhuk..


"seseorang yang perlukan peringatan.. maka ingatkanlah dia"


peringatan itu la yang sebab aku batalkan hasrat TAKNAK! makan malam.. esok sudah 9 muharram..kemudian 10 muharram.. masa duduk asrama dulu.. lusa adalah masa untuk bergotong-royong membuat bubur asyura.. erm.. lama dah tak makan.. eh.. bubur asyura tu tak sama ke dengan bubur lambuk??

selera malam ini lebih kepada spegeti.. sos pula sama seperti membuat sos lada hitam.. ramuan utama tomato, bawang putih, serbuk lada hitam separa hancur, serbuk sup ayam.. dan terpenting ayam.. untuk dapatkan sepinggan lengkap.. aku rebus saki baki bunchis yg ada.. ambil idea dari cafe Ikea.. masak sebatang-sebatang bunchis tuh.. comel gak.. ;)

maka terhasil la MyDinNer black pepper chicken spaghetti .. tulis nama omputih glamer sket.. hehe.. sesiapa yang berminat nak resepi boleh email kepada saya di faridh417@gmail.com.. eh tiba2.. apakah?



siap dengan air soya di gelas yang glemer juga



''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Wednesday, December 1, 2010

#36 ikanGOREngJer


salam..

aku tak sangka doa selepas yg selalu kita amalkan.. dari kecil sampai besar adalah hadith dha'if.. walaupun lemah.. sekurang-kurangnya bukan palsu.. tak salah untuk di amalkan.. wallahualam.. untuk tahu lebih lanjut mungkin boleh klik pada link nih --> Cikgu Arie


berbalik pada menu makan malam hari ni.. iaitu tak lain bukan.. mYDinNer ikan goreng dan dilengkapkan dgn sup cendawan.. masak seketul untuk aku seorang je.. hmm.. cukup lah kan...dah jadi 2 orang nanti masak la 2 ketul.. bila dah masuk 3 orang.. masak 3 ketul pulak.. dan angka terus-menerus bertambah secara linear lah.. gheh~






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam''



''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''




Sunday, November 14, 2010

#35 spaghETTIbOl0gnaise

salam..

spegeti tak aci bak kata ekinchen.. ah asalkan spegeti kan.. hehe.. syhh.. rahsia home made bebola daging "kast***" tetap menjadi rahsia.. hahaha.. wow.. inilah dia mYDinNer spagetti bolognaise.. :)








“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam'





Saturday, November 13, 2010

#34 samBALseaFOOd

salam..


hari ini aku memang tak ada kerja.. banyak mengimbas kenangan lalu dgn membelek2 gambar2 yang memenuhi ruang storan lappy aku.. belek punya belek (walaupon perkataaan ini kurang sesuai :] ) terjumpa gambar mYDinNer sambal seafood dan brokoli cendawan yg aku masak masa zylot duduk rumah aku seketika dulu.. aiceh.. ayat~ kan da kata aku suka udang..

wah.. ntah bila la lagi nak masak banyak2 macam nih.. sedap la plak.. dari minggu lepas aku kurang masak untuk makan malam.. sebab hujung minggu je balik.. jadi.. tak beli la barang dapur.. kalau masak pon nasi dgn telur tak pun nasi goreng pon sedap!! eheh

rindu nak makan sama-sama dgn zylot walaupon zylot 'banyak' tolong aku masak.. uhu..







“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam'







#33 BBQ @ casaRAchadO

salam


seronoknya bercuti.. lagi2 dengan family tercinta.. dan yg pastinya makan2 mesti la jadi agenda wajib.. alkisahnya myDinNer @ casa rachado kat Port Dickson..walaupun cuma tumpang hari keluarga sekolah akak aku.. menu apa yang perlu ada adalah BBQ.. barbeque.. erm.. apa maksud bbq..??? kene tanya pakcik google nih..



habis licin da..



“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam'








Wednesday, October 13, 2010

#32 mYDinNer @ kyROs_kEbaB

salam..


makan diluar bersama fenot aritu.. masa balik dari serting.. singgah sekejap di pkns shah alam.. aku paling suka solat kat surau pkns sini.. sebab da macam standard masjid kecil.. luas dan sgt selesa.. kalau la surau kat mid valley dan time square mcm ni.. isk3..

mYDinNEr@kyros kebab.. padahal aku order kebab daging.. tp yg dapat kebab ayam.. layan je la.. malas nak tukar.. nanti kene tunggu lagi makanan.. menunggu makanan membuat aku lapar..lapar membuat aku marah... huhu.. sabar2..kalau hilang sabar..maka hilang lah sebahagian drpd iman~



yg dipilih oleh aku..



yg dipilih oleh si fenot kucayang




“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam'






Monday, October 11, 2010

#31 bLack makARoni

salam..


tidak ku sangka.. perencah maggi nasi goreng lada hitam berguna juga utk menu aku kali nih.. cuma nasi di ganti dgn makaroni.. mYDinNer black makaroni siap dgn lebih pantas.. apa yg penting.. memasak ini seperti satu seni.. perlu sedikit kreatif sebagai perisa:)


lagipun.. ini antara cadangan dari kenalan yg jauh.. terima kasih..







“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam'







Thursday, September 30, 2010

#30 diNner @ bAngi kOpitiAM

salam..

rindu telah membawa aku ke rawang.. untuk jupe sahabat jauh la sgt.. sape lgi kalau bukan si cantik manis syezora.. menziarah tu kan satu perkara yg mulia.. lgi2 la masa bulan syawal nih..

pd fikiran aku.. rawang tu xda la jauh sgt.. tp setelah melalui perit jerit ke rawang.. ciss.. rawang tu jauh..(bg driver yg kurang pengalaman seperti aku).. dgn mcm2 cabaran sepanjang perjalanan.. hujan lebat teramat sgt.. dan aku main bantai ikut suka tangan aku mengarah kan roda ke mana2 arah.. haha.. akhir nya.. alhamdulillah sampai gak destinasi yg dituju..

satu perjumpaan takkan lengkap kalau tiada makan2 tak pon sekurang2nye minum2.. restoran yg dipilih oleh syezora adalah BangiKopitiam.. tak faham gak kenapa nama bangi padahal kat rawang.. mungkin cawangan je kut..

menu boleh tahan.. tp menu yg bertuah yg dipilih oleh aku adalah meehoon goreng tomyam dan air sunrise sunset orange.. mak aih..panjang betul nama.. manakala syezora sepakat memilih utk cendol dragon balls.. yg tu aku saje kasi name.. hehehe


"syezora.. ko mmg bertuah la dpt kwn cam aku.. hohoho"


meehoOn goreng tomyam..rahsianya bunga kantan yg cincang.. harga mee ni lagi murah dr minuman aku.. cis



air sunset sunrise sunset balik perisa oren.. yg rase nye seperti serbuk perisa oren dlm tiub.. ade jual mase kecik2 dulu..ingat tak? ingat tak?? benda merah kat bottom gelas tu jem nenas.. huhu



inilah gerangan nye si cantik manis SyeZora dgn cendol dragon balls dia..




“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam''







Sunday, September 26, 2010

#29 tigA rAsa chEnta

salam..


cuti raya di serting aku sempat buat menu utk keluarga yg di sponsor oleh adik aku tofix.. tofix ni mmg.. suke makan.. jadi.. kalau belanja pon mesti berkaitan dgn makanan.. ingat lagi mase tofix sekolah rendah lagi.. rasa cam darjah 1 kut.. dia pergi jalan2 ntah ke mana.. pastu balik bawak roti gardenia sebungkus utk kami adik-beradik.. hahaha..

haritu.. tofix beli 2 ekor ikan siakap.. yg tukang masak nya aku la plak.. rancang nak masak stim.. tapi tukar kpd 3 rasa lah.. dan inilah die mYDinNer tiga rasa chenta:)


ikan siakap goreng


sos tiga rasa



ikan siakap tiga rasa chenta~



“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam''






Saturday, September 25, 2010

#28 sOTong udAng syAwal


salam..

masih lagi syawal.. dan inilah yang aku masak setelah lebih sebulan tak masak.. mYDinNer sOtong udAng.. jadi lah kan.. goreng skali dgn bunchis... i like:)






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam''







Tuesday, September 7, 2010

#27 AaiDilFitRi



Ramadan hampir berlabuh pergi..
Diharap berjumpa lagi pada hijrah akan datang..
insyaAllah..






Jgn jadi kan syawal bulan melepas geram setelah sebulan bpuase yek..
lgi2 pasal makan..
so, after raye.. mYDinNer insyaAllah kembali aktif.. al maklumla.. time puasa ni.. mood memasak jatuh merundum.. tambah2 lgi.. xde ape yg bole dimasak kat dlm kotak rahsia.. apetah lagi poket doraemon.. hehehe


salam syawal!!






Tuesday, August 10, 2010

#26 kek raya utk kamu.. kamu.. dan kamu juga

salam..


salam ramadan.. bermula arini.. sehingga la sebulan ini.. semoga kita semua beroleh keberkatannya.. insyaAllah.. aminn..



kekBATIK@mYdinNEr

selepas ramadan.. pastinya syawal menjelma.. jadi.. utk itu.. aku n partner.. buat jualan kecil-kecilan.. KEK LAPIS SARAWAK.. rugi woo kalau tak beli.. kek lapis yg original di datangkan khas dari sarawak.. dgn saiz 8'' x 2.6'' x 2.3 '' (sila lah bayangkan secara 3D ~heh) amat la sesuai bila berada di atas meja masa raya aidilfitri nanti..

kalau tak sabar.. untuk berbuka puasa pon takda la salahnya pun.. huhu:)

kawasan target adalah sekitar KUALA LUMPUR , SHAH ALAM, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG..

jangan malu2 nak tempah.. hanya RM30 sebiji...murah dan amat sedap!!!!



klik pada gamba utk lebih jelas



klik pada gamba utk lebih jelas




“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam





Wednesday, August 4, 2010

#25 gulaiKUNING sOtOng

salam..

da lama plak x masak.. sejak gas dapur habis.. skang ni tgh kene sakit tekak dan selsema.. aduhyai.. sabar la rie.. penyakit tu penghapus dosa.. insyaallah..

myDinNer gulai kuning sototng ni aku masak da lame da.. masak skali ngn kentang.. mmg sedap gak.. lain sket dr lain.. hehe





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam






Monday, August 2, 2010

#24 raSA UtArA @ TS


salam..

aku bukan malas.. tp kurang rajin saje..

mase ni aku makan ngn fenot n zylot kat time square.. 1st time jln2 ngn wubby... thanks wubby sudi bwk kitorg jln2.. hehe mYDinNER @ TS



sebelum


selepas



“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam







Monday, July 12, 2010

#23 ayam keRING

salam..

simple and nice.. skali skala makan cam ni mmg seronok.. mYDinNEr ayam kering@goreng.. telur dadar dan timun rangup dingin serta tomatoman..




“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam






Thursday, July 1, 2010

#22 saDIN bOkChay

salam..

da lame lak update..bz ke?? xde la bz.. cam malas.. malas nak buat ape2..

mYDinNer sambal sadin dan bok chay ngn sos tiram.. x susah pon nak buat.. skang malas sgt.. malas nak ckp pe2.. yg pasti ekinchen suke sadin=P





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam





Tuesday, June 22, 2010

#21 SitiMUN ladAhiTAM

salam..

dulu2.. aku ingat timun hanya bole dimakan mentah.. selain dibuat masak cam lauk kenduri tuh.. ape eh name die- acar buah kut.. tp sebenarnya.. timun boleh dipelbagaikan cara masakannye.. asalkan sesuai..

kali ini aku bereksperimen memasak timun skali dgn daging msak lada hitam.. sedap gak.. da pedas makan lada hitam.. dapat sejukkan kejap dgn rase timun yg rangup dan dingin..

jadi inilah dia mYDinNEr daging lada hitam sitimun.. dan dilengkapi dgn antara sayur kegemaran aku sup petola.. percaya atau tidak.. klu aku xde selera makan.. aku akan makan sayur petola x kira masak ape.. sbb sayur ni boleh membangkitkan selera makan aku.. huhu~





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam






Sunday, June 20, 2010

#20 daDAR seafOOdKUnyit

salam..

alhamdulillah.. aku akhirnya sihat sepenuhnya.. setakat ni lah.. setelah bergelut demam pd hujung minggu 3 minggu berturut2.. so minggu depan baru nak start masak blk utk makan malam.. sekarang da masuk bulan rejab.. marilah kite perbanyakkan berpuasa sunat ye sahabat2.. hee:)

ok la.. menu yg dipersembahkan ni.. aku buat sebelum x bape sihat aritu.. mYDinNER telur dadar dengan seafood masak kunyit..

erm.. tinggal seminggu je lagi aku dapat makan berjemaah ngn akk aku zylot.. pas ni aku kene makan keseorangan.. sedih wei makan sengsorg.. macam pe jer.. macam kasihan.. kesepian.. kesedihan.. arghh.. x suke perasaan itu.. ni yg rase nak kawen cepat2 nih.. hahahah






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam






Wednesday, June 16, 2010

#19 cheqodOK

salam..

lame plak update kat sini.. almaklum.. aku x bape sihat akhir2 nih.. hujung minggu je demam.. saje je.. x kasi aku meronggeng.. uhu

biasa nye orang makan cekodok atau jemput-jemput atau cucur ni waktu minum petang.. tapi x salah pon kalau jadi makan malam.. asalkan kenyang.. kan..kan..kan..

mYDinNer cheqodOK ni aku masak masa hujung minggu gak.. beberapa minggu yg lalu..cicah dgn kuah kari ikan tenggiri yg aku masa utk makan tengahari.. x pon dgn sos cili life.. layan gak makan nih.. teringat masa zaman kecik2 dlu.. mak masakan utk sarapan.. owh.. indahnya kenangan itu.. hehehe..





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam







Tuesday, June 8, 2010

#18 daging MERAH

salam..

masak skali senang cam mYDinNEr daging merah nih.. lepas demam aritu.. mood memasak cam kurang sket.. tp bile aku da bole memasak bermaksud aku sudah pulih..

teringat lak mase zaman baru putus cinta dulu.. dekat sebulan x memasak.. huhu..

mungkinkah memasak boleh mengukur mood seseorang? mungkin jugak kan.. orang kate.. makanan yg sedap pasti dimasak oleh orang yg masak dgn penuh kasih sayang.. sentiasa senyum ketika memasak hidangan tu.. cam masakan mak.. masakan yg penuh dgn kasih sayang:)





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam






Sunday, June 6, 2010

#17 meggi seafOOd

salam..

bosan makan nasi.. aku masak ala2 spegeti.. aku x gune spegeti pon.. ganti ngn meggi bese.. pilihan aku mee meggi sedap.. sebab lebih kenyal..

sos aku wat cam marinara.. gune sotong ngn udang.. da kate.. aku kan suke udang:))

mYdinNer meggi seafOOd.. sedap.. soal rase .. lidah xkan bohong!!!





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam





Thursday, June 3, 2010

#16 rendang KERANg

salam..

kerang.. seafood faveret adik-beradik aku.. memang sedap gile.. tak terkata.. lagi2 kalau masak rendang cam nih.. tambah lak ngn cendawan yg sebelah tuh..

mYDinNer rendang KERANg ni aku buat ari selasa aritu.. masak skali dgn kacang panjang..

aku beli kerang 500g je kat pasar malam hari isnin.. sampai rumah terus masak tanpa air.. kupas dan simpan dalam bekas.. dan pastu letak kat fridge sejuk beku.. salu leh tahan sampai 1 minggu atau lebih.. kalau lame2 dlm fridge da x sedap lak kan..





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam





Monday, May 31, 2010

#15 kunyit itu KUNING

salam..

tanpa halia.. ayam goreng kunyit pasti x sedap.. percayalah..

mYDinNer ayam kunyit itu KUNING ni aku masak minggu lepas.. sup aku beli secara berasingan.. kat gerai tepi bustop kat bawah kondo aku nih...(macam la korang tahu kan..:p) cis, makcik tu pon.. kasi je la free.. aku cume amik sup da kene rm1.. huhu.. xde sup lak.. kering kontang aku nye nasi nnt.. layan je la

goreng ayam kunyit memang 'fast n easy'.. gaya masak sorang ala2 pemalas.. hehehe.. masakan mudah cam ni akan bertambah lagi sedap kalau dimakan secara berjemaah..






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.






Thursday, May 27, 2010

#14 roTI JOhnnY

salam..

roti ni kire adik-beradik roti john.. tp made at home.. xde la sesedap roti john pasar malam kg kerinchi nih.. layan je la kan.. aku cuba buat gune konsep cara penyediaan roti john.. ala.. cam goreng telur pastu terlangkupkan roti atas die.. senang gak eyk..

makan malam dgn roti.. cukup ker?? bergantung lah.. tengok mkn tengahari aritu.. kalau berat sgt memang bole jer.. hari2 makan nasi pun bosan plak kan.. hee

inilah rupe mYDinNer roTI JOhnnY aku yg comei lotee:) disediakan bersama secangkir nescafe.. padanan yg sesuai bagai pinang dibelah 2.. uhu






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.






Wednesday, May 26, 2010

#13 pari ASam bungaKANtan

salam..

mak aku jarang masak pari mase aku kecik2 lu.. x tau kenapa.. mungkin mak n ayah x suke kot.. maybe2..

tp mase blaja dulu.. bile dpt rakan serumah cam 'atult' dan 'ayult' yg suke ikan pari masak asam.. layan jela.. lama2 rase sedap gak yer ikan pari nih.. ikan ni adik-beradik ikan jerung bertulang rawan.. tulang2 die pon kite bole layan makan skali.. krup-krap-krup-krap:)

nostalgia villa omar ali dan plaza rah.. erm.. memang susah nak jumpe housemate cam mereka2 semua- myzot, atult, ekinchen, sharawee, ayult -uwaa!!!rindu korang sumeee..

dulu..konon nak jimatkan duit.. kiteorang share beli lauk2..sekadar seketul ayam kari (cari yg betul2 besar).. sayur sejenis dan pegedil dah cukup utk dikongsi 5-6 org makan..manakala nasi.. masak sendiri kat rumah ajer..

ikut la sape yg beli lauk tu.. yg pentingnya.. kalau mase atult atau ayult beli.. mesti beli pari masak asam pedas.. kalau ekinchen mesti ade pegedil.. myzot plak suke lauk2 kenduri.. aku? aku flexsible.. x kesah.. sume layan.. asalkan halalan toyibba..

so, inilah hasil nye drpd inspirasi memori tuh mYDinNER pari ASAm bunga kantan.. skali dgn terung goreng bodow2:))






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.





Tuesday, May 25, 2010

#12 paprik banJIR

salam..

kenapa name die paprik? ermm.. mungkin sbb mase masak kene hempap2 dan tarik2.. atau name org yg pertama mencipta resepi tu bernama farid.. pastu nak sedapkan letak lah paprik.. ah.. x kesah la kan.. asalkan boleh mengenyang jasmani anda kan.. uhuu..

paprik sama cam ladna.. yg beza nye.. paprik letak sos cili.. dan ladna letak serbuk lada hitam.. lagi yg sama.. bahan2 yg memeriahkan dlm masakan ni.. apelagi kalau bukan udang, sotong, ayam, sayur-sayuran dan cendawan..

kalau ikutkan perubatan nabawiyah.. ayam tidak sesuai dimasak skali dgn makanan laut cam udang dan sotong.. sama gak cam susu dimasak dgn ikan.. sbb makanan sebenarnya terdiri dari eleman panas dan sejuk.. yg berdarah cam ayam, daging, hati tu panas.. makanan laut tu sejuk.. susu haiwan panas.. yg panas tak sesuai dimasak sekali dgn yg sejuk.. maksud nye.. masak skali dalam dalam 1 periuk.. perkara ni utk menjaga kesihatan..

aku pon da lupe sket pasal ni.. ada sbb lain lagi.. ni pon aku baca buku yg aku pinjam kat library masa blaja kat matrik lu.. so.. rajin2 la baca buku ok..

k la.. inilah die mYDinNer paprik banJIR.. aku masak utk aku ngn akakku zylot.. eleh suke la tuh..









“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.





Saturday, May 22, 2010

#11 bawal meRAHku comot

salam..

ikan bawal.. ikan yg leper..

actly, aku bosan tol dok umah sewa ni sorg2.. arghh.. x sabar nak blk kg minggu depan.. saba2..

mYDinNer bawal MERAH ni aku masak mase hari 1st akk aku 'zylot' dtg lepak2 umah aku.. tp skang ni die da blk kg.. so..tu yg tinggal aku keseorangan kat bumi kl nih.. kire ni tribute utk die.. semoga berjaya akk ku zylot!!!






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.






Friday, May 21, 2010

#10 nasi goreng LEMBU

salam..

erm.. kenapa bile kite order burger daging lembu.. hanya sebut 'burger daging satu bang!'.. bukan 'burger lembu satu bang!'.. cam klaka lak bunyinye kan?? sama gak kes cam kebab daging.. dan x lupe juga nasi goreng daging yg aku masak utk malam kelmarin aritu..

daging mewakili daging lembu.. bukan daging babi yer:P... tp klu daging kambing.. kerbau.. rusa..arnab.. seharuslah disebut dgn penuh.. :)..

tb2 rase bahasa inggeris ni nampak lebih baik dr bahasa melayu kalau bab daging nih.. sbb nye.. bahasa inggeris telah mengasingkan jenis daging dgn 1 perkataan sj.. cam.. 'beef' utk daging lembu.. 'mutton' utk daging kambing.. 'pork' utk daging babi.. pape pon bahasa melayu tetap indah..oye..

k la.. inilah mYDinNEr nasi goreng LEMBU.. aku cam terbayang seekor lembu di dlm nasi goreng tu jek.. hahaha





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.”






Wednesday, May 19, 2010

#9 mee HAtiku

salam..

resepi ni pernah kuar di 'bukan di atas kertas'.. da lame x buat.. rindu plak.. aku mmg suke hati ayam.. marvelouss.. i loikee..

masak bende ni memang leceh sket.. lgi2 masa masak hati ayam.. aku phobia masak yg meletop2 nih.. huhu.. sbb penah kene minyak panas mase masak ikan yg tb2 meletop.. aduhyai.. klu kene kat tangan ke.. ok la.. tp muke aku yg comel nih jugak minyak panas tu nak mendarat.. tak ke naya tuh..

ok.. inilah hasil mYDinNer mee HAtiku





“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.”








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...