Saturday, April 6, 2013

# Asam Pedas Daging



Salam,

Dari semalam fikir nak masak apa dengan daging.. kari, gulai.. perlukan santan.. aku tiada stok santan pula.. jadinya terfikir dengan asam pedas.. almaklumlah suami orang melaka.. asam pedas tu memang sangat kene..

aku teringat masa raya aidilfitri dulu di rumah nenek sebelah suami.. juadah malam raya tu antaranya asam pedas daging ini.. dimakan dengan nasi impit disertakan dengan pelbagai lauk lain juga macam sambal udang, rendang kerang, asam pedas ikan .. sedap gak.. tak pernah pula sebelum ini makan nasi impit atau ketupat dengan lauk selain rendang ayam atau daging dan kuah kacang.. pengalaman baru.. hmm.. menarikkan:)

masak asam pedas daging ini lebih kurang saja dengan asam pedas ikan, cuma perlu bahan tambahan seperti serai, lada hitam, lengkuas, jintan, daun kari dan daun kesum (tapi aku tak letak lengkuas, jintan dan daunan sebab tiada), . Disebabkan banyak bahan yang tiada.. aku hanya letak bahan basic dan tambah sedikit parutan kulit limau nipis utk rasa seperti letak daun limau purut.

ya inilah dia Asam Pedas Daging di makan dengan nasi panas bersayurkan sayur campur ala-ala salad panas dengan taburan tempe rangup dan jeruk lada.. hehe.. pengaruh saluran 703 dan 707 lah ni..



Asam Pedas DAging
Resepi : Asam Pedas Daging

Bahan-bahan: 
  • daging lembu (lebih kurang saiz besar tapak tangan)
  • 3 senduk cili kering dikisar 
  • 2 bawang merah kecil dan 2 bawang putih dikisar 
  • 3 tangkai serai
  • 1 sudu kulit limau nipis disagat
  • lada hitam
  • 1 asam keping 
  • minyak, garam dan gula
Cara-cara: 
  • rebus daging hingga empuk
  • dalam periuk lain, panaskan minyak, masukkan bawang yang dikisar dan cili kering
  • kacau hingga cili masak, kemudian masukkan daging dan air rebusannya
  • masukkan serai yang telah dititik, kulit limau nipis lada hitam hancur dan asam keping.
  • perasakan garam dan gula. kacau sebati dan siap.




Sayur campur

Resepi: Salad panas kobis

Bahan-bahan:
  • 1/4 kobis
  • 1/2 genggam kacang panjang dipotong
  • tempe dipotong dadu
  • 1/2 lobak merah dipotong bulat
  • 1 bawang putih hiris
  • minyak memasak dan garam
  • cili besar jeruk dan bawang goreng
Cara-cara: 
  • goreng tempe dalam minyak banyak hingga rangup dan ketepikan
  • tumis bawang putih hingga naik bau
  • masukkan sayur-sayuran dan sedikit air
  • kacau hingga masak. tambahkan garam secukup rasa dan siap
  • taburkan tempe yang digoreng tadi, cili jeruk dan bawang goreng  ke atas sayur yang siap dimasak.



'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa kesudahan tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai tuhan kami'






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...