Sunday, June 19, 2011

#46 nasi goreng CILIpadi

salam..

nasi goreng.. asasnya sama jer.. nasi semalam.. cili,bawang, telur, sampah sarap yang sesuai.. nasi goreng kampung dengan nasi goreng cili padi.. yang membezakannya adalah jenis sayur dan bilangan ikan bilis.. huhu

ingat nasi goreng cili padi.. ingat dia.. :)







'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''











Sunday, June 12, 2011

#45 sambal kari UDAng

salam..


kalau anda fikir ini sambal biasa.. anda salah.. kerana ini adalah sambal kari udang.. hanya guna udang, bawang putih, minyak, sambal giling tamadun, serbuk kari adabi, asam keping dan garam secukup cinta:)

oh ye.. tomato.. buah yang wajib aku beli tiap kali ke pasar malam..







'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''






Thursday, June 9, 2011

#44 ikan rendam airAsam

salam


alhamdulillah.. hari ini masak ikan stim dengan sayur bunchis









'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Wednesday, June 8, 2011

#43 seEfoOd friedriCE

salam..


seperti biasa, nasi semalam yang sengaja aku masak lebih jadi ramuan utama untuk menu mYDinNEr aku hari ini.. masak nasi untuk seorang makan dalam periuk nasi elektrik hadiah kak zyma kepada mak memang tak berbaloi.. pembaziran tenaga.. jadi solusinya, aku masak untuk 2 kali makan..

masak nasi mengingatkan aku pada seorang sahabat yg bertanya pada aku tentang cara mengukur air bagi memasak nasi yang cukup-cukup untuk seorang makan.. dengan selamba aku jawab.. mudah saja.. ukur menggunakan mata.. tak pasti dia percaya atau tak.. tapi seperti percaya.. hahaha.. memang lucu..

menu semalam sambal sotong.. sengaja tinggalkan sedikit untuk hari ini.. dengan 5 batang bunchis, 4 kelopak cendawan dan 2 ekor udang.. maka lengkap lah nasi goreng seefood ku..







'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''





pertama kali dengan cintaku Nucca



Thursday, May 19, 2011

#42 nasi goreng CeNDaAwan



salam..


nampak sangat aku kekurangan idea untuk meng'update' blog nih.. bukan apa.. rutin memasak seperti biasa setiap hari selasa, rabu dan khamis.. al maklum isnin dan jumaat ada pasar malam.. (tak ada motif untuk beritahu.. heh!)

aku paling suka mahluk tuhan yang diketogorikan (aish.. aku tak tahu ejaan sebenar) sebagai kulat nih.. cendaWAn.. boleh dikatakan semua jenis cendawan aku suka.. cuma cendawan yang beracun dan berbau busuk macam cendawan keras tu.. yang selalu jumpa dalam sepinggan mee sizlling di klcc.. uhu..


lama da tak makan cendawan yang kecil-kecil.. apa ya nama cendawan tu.. buat gulai lemak kuning tersangat la sedap.. anak makcik milah tak nak jual ke macam dulu-dulu?? haaa... cendawan kukur nama dia.. satu lagi cendawan busut.. itu lagi lama tak ketemu.. buat sup memang layan.. pernah makan sampai muntah-muntah sedap terlalu banyak makan.. haish..


dan ini.. nasi goreng cendawan.. guna cendawan tiram.. satu-satunya cendawan yang tersangat senang untuk ditemui kat kedai-kedai apatah lagi pasar-pasar malam.. satu bungkus ada tiga tangkai besar cendawan berharga RM1.50.. masak sekali semua.. simpan lama nanti busuk.. buat nasi goreng ikut 'style' makcik kelantan masak.. (gerai kelantan kat kg baru).. lain sket sebab nasi goreng dan cendawan diasingkan.. erm.. boleh tahan.. (ehem.. masak sendiri..puji sendiri.. makan sendiri..huhu)







'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Thursday, April 21, 2011

#42 mAggi GOReng SOTong



salam..


masa pergi.. macam-macam berlaku.. namun maggi tetap ada.. dan inilah hasil maggi goreng.. erm.. tak guna perencahnya pon..letak sotong.. cendawan.. kacang panjang.. dan terpenting cili padi yg 'podeh!'...mYDinNer maggi goreng sotong.. oh.. maggi yang sedang menggoreng sotong.. terima kasih maggi..













'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Sunday, March 20, 2011

#41 frankfurter daging


salam..


nampaknya aku suka memaparkan menu ala-barat sekarang ini.. kali ini spegeti lada hitam dengan frankfurter daging jenama Ramly.. aku suka produk Pakcik Ramly.. lagi-lagi nuggets ayam.. memang terbaik.. sedap gak kalau petang-petang nih makan burger daging special Ramly.. kepingan daging yg di masak empuk serta dibaluti dengan telur enak diluar.. wah-wah.. lain cerita la plak..

baiklah.. tak perlu cakap banyak.. inilah dia makan malamku -








''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...