Wednesday, January 8, 2014

#Telur gulai mangga



Salam,

Menu hari ini Telur Gulai dengan Mangga.. nyum nyum sedap.. sangat sesuai dengan tekak yang loya-loya semester pertama dulu.. sekarang ini da okay. Semua aku baham.. hahaha

Namun disebabkan telur itik tak ada.. hanya guna telur ayam.. sepatutnya digulaikan dengan bacang.. mana la nak cari bacang kat bumi kota ini.. yang ada mangga.. guna yang muda dan masam.. kalau guna yang dah masak terus hilang lah bila da masak nanti..huhu

Untuk sampingan, aku masakkan kali sambal goreng sayur sayur sebagai pelengkap.. suamiku kalau makan gulai lemak kuning mesti nak ada sambal merah.. baru umphhh katanya:)


Telur ayam gulai mangga.. kasi pedas!!!
Resepi: telur ayam gulai mangga

bahan-bahan :

  • 3 - 4 telur ayam
  • mangga muda ( guna mangga epal muda) - diracik/sagat kasar
  • segenggam cili padi 
  • 1 santan kotak M&S  
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • garam dan gula secukup rasa
cara memasaknya:
  • kisar cili padi, masukkan dalam periuk sekali dengan santan dan kunyit
  • masak hingga menggelegak, pecahkan telur dam mangkuk lain dulu, kalau ok masukkan telur ke periuk satu persatu
  • kecilkan api. pastikan telur tidak pecah dan masak( lebih mudah guna telur itik sebab telur ayam mudah hancur)
  • kemudian, masukkan mangga, perasakan garam dan gula.. tada dah siap 


Sambal ikan bilis
Resepi: Sambal ikan bilis

bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis kepa putih
  • 1 bawang besar holand
  • 3 senduk cili merah kisar hancur
  • garam dan gula
  • 1 asam keping
  • minyak masak
cara-cara:
  • panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan bilis yang dibasuh sekejap sahaja.. goreng hingga rangup, angkat dan toskan minyak
  • Gunakan minyak yang baru, panaskan dan masukkan cili kering kisar. kacau sehingga warna merah gelap sedikit
  • masukkan bawang yang dihiris kasar, masak hingga layu sedikit supaya ada kerangupan lagi
  • perasakan garam dan gula dan masukkan asam keping. kacau dan tutup api
  • kemudian baru masukkan ikan dan kacau sebati.


Buncis dan lobak merah goreng
Resepi : buncis dan lobak merah tumis goreng

bahan-bahan:

  • buncis segenggam dipotong-potong
  • lobak merah, buang kulit luar dan hiris bulat
  • 1 bawang kecil hiris
  • ikan bilis sedikit
  • minyak menumis dan garam
cara-cara:
  • panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang dan ikan bilis, tumis hingga perang sedikit
  • masukkan kacang buncis, lobak merah dan air
  • kacau dan masukkan garam
  • agak-agak lobak sudah lembut, boleh padamkan api.



Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki yang Kau berikan ya Allah

Wednesday, July 10, 2013

# nAsi Ulam



Salam..

Salam ramadan


Alhamdulillah.. berjumpa lagi ramadan kali ini.. tahun ini berpusa bertiga.. tapi seorang lgi tuh tak larat nak puasa sampai sebulan katanya.. tidak apa lah..da tak larat nak buat mcam mana..toha.. toha.. tahun depan boleh cuba lagi ya anakku..


macam tak sesuai pula post pasal makanan masa bulan puasa nih.. tapi kalau untuk beri idea untuk juadah berbuka nanti,, tak salah rasanya..

okay.. juadah ini aku buat sudah lama dulu.. actually terhasil dari kari ayam dan kerabu kacang botol dan telur itik asin.. dengan sedikit kreativiti.. maka terjadi lah nasi ulam lauk ayam..



Nasi ulam Kari Ayam

Resepi: Nasi ulam kari ayam

bahan-bahan:
  • 1 ketul kari ayam
  • semangkuk nasi
  • 1/2 telur asin - dicincang halus
  • kerabu kacang botol
  • sambal belacan
cara-cara:
  • carik-carikkan ayam dan ketepikan
  • satukan nasi, telur asin, kerabu kacang botol, dan sambal belacan. Gaul rata, tambah garam jika perlu
  • hidangkan nasi bersama ayam yang dicarik tadi dengan siraman kuah kari



amacam.. kreatip tak?


Alhamdulillah, syukur keatas rezeki yang Kau berikan ya Allah





Thursday, July 4, 2013

#ikan kiCap



salam,


ikan tongkol masak kicap dan kubis goreng.. hidangan ringkas untuk makan malam keluarga ku tersayang.. happy meal my dear husband:)

ikan tongkol.. padahal sebenarnya aku nak eli ikan tengiri.. selalu tersilap.... macam mane nak tahu ikan tu ikan tongkol ke ikan tenggiri.. ish.. sukar nya.. kalau da masak baru tahu..




Ikan Tongkol Kicap

Resepi: Ikan tongkol kicap

bahan-bahan:
  • 3-4 tekung ikan tongkol
  • 2 biji bawang puting
  • 1 biji bawang besar bombay
  • 1 biji tomato
  • kicap
  • sos tiram
  • 5 cili padi
  • 1 asam keping
  • minyak, garam dan gula
cara-cara:
  • goreng ikan telebih dahulu dengan melumurkan garam dan kunyit, angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan bawang putih dan cili yang dibelah tengah, 
  • kemudian, masukkan kicap dan sos tiram secukupnya, tambah kan juga air supaya tidak telalu pekat
  • masukkan hirisan bawang besar dan tomato dan asam keping
  • perasakan masin dan manis. biar sebentar dan akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi






Kubis Goreng Ria

Resepi: Kubis Goreng Ria

 bahan-bahan : 
  • kubis
  • lobak merah
  • bawang putih
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya
cara-cara: 
  • tumiskan bawang putih, dan naik bau masukkan sayur-sayuran
  • masak hingga lembut
  • perasakan garam dan sudah siap



Alhamdulillah atas rezeki Mu ya Allah










Tuesday, April 16, 2013

# Ayam si Merah dan Bokchay Bawang Rangup



Salam,


Sekarang aku lebih banyak memasak berbanding dulu.. bukan malas memasak tapi oleh kerana ruang masa untuk membeli barangan basah terhad.

Selepas tonton ceramah pasal ilmu pandangan berkenaan halal dan suci. Setiap makanan halal adalah halal, namun yang membezakannya adakah ia diberkati dan suci seperti makanan yang dimasak oleh orang fasik dan orang yang beramal soleh. Jadi makanan inilah yang membentuk peribadi kita.. Sebab inilah yang membuat semangat aku memasak untuk keluarga lebih membara di samping memperbaiki kekurangan diri ini.. hamba yang sering khilaf..

Anyway, cooking is my passion ^_^

Ayam si merah dan bokchay bawang rangup.. dimasak untuk makan malam sekaligus sebagai bekalan makanan tengahari keesokkan harinya.. dimasak dengan penuh kasih sayang



Ayam Si Merah
Resepi : Ayam si Merah

Bahan-bahan:

  • 1/4 ekor ayam
  • 2-3 senduk cili kering dikisar
  • 1 bawang merah dihiris kasar
  • 1 bawang putih hiris halus
  • 1 asam keping
  • 4 sudu sos tomato
  • gula dan garam
  •  minyak memasak
Cara-cara:
  • goreng ayam terlebih dahulu dan ketepikan
  • tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar
  • kacau hingga cili sedikit gelap dan masukkan sos tomato
  • perasakan garam dan gula. biar lebih rasa manis dari masin
  • masuk asam keping dan akhir sekali masukkan ayam dan bawang..gaul sebati sehingga bawang layu dan siap

Bok chay Bawang Rangup

Resepi : Bok Chay Bawang Rangup

Bahan -bahan : 
  • seikat sawi bok chay
  • sos tiram
  • 1 bawang putih dan bawng merah hiris halus
  • garam
cara-cara:
  • rebus bok chay dan toskan air. jangan rebus lama sangat sehingga terlalu lembut
  • bawang yang dihiris digoreng hingga rangup
  • sos tiram ditambah dengan sedikit air dan garam, kacau sebati kemuadian siram ke atas sayur tadi
  • tabur bawang yang telah siap digoreng 



'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa kesudahan tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai tuhan kami'




Saturday, April 6, 2013

# Asam Pedas Daging



Salam,

Dari semalam fikir nak masak apa dengan daging.. kari, gulai.. perlukan santan.. aku tiada stok santan pula.. jadinya terfikir dengan asam pedas.. almaklumlah suami orang melaka.. asam pedas tu memang sangat kene..

aku teringat masa raya aidilfitri dulu di rumah nenek sebelah suami.. juadah malam raya tu antaranya asam pedas daging ini.. dimakan dengan nasi impit disertakan dengan pelbagai lauk lain juga macam sambal udang, rendang kerang, asam pedas ikan .. sedap gak.. tak pernah pula sebelum ini makan nasi impit atau ketupat dengan lauk selain rendang ayam atau daging dan kuah kacang.. pengalaman baru.. hmm.. menarikkan:)

masak asam pedas daging ini lebih kurang saja dengan asam pedas ikan, cuma perlu bahan tambahan seperti serai, lada hitam, lengkuas, jintan, daun kari dan daun kesum (tapi aku tak letak lengkuas, jintan dan daunan sebab tiada), . Disebabkan banyak bahan yang tiada.. aku hanya letak bahan basic dan tambah sedikit parutan kulit limau nipis utk rasa seperti letak daun limau purut.

ya inilah dia Asam Pedas Daging di makan dengan nasi panas bersayurkan sayur campur ala-ala salad panas dengan taburan tempe rangup dan jeruk lada.. hehe.. pengaruh saluran 703 dan 707 lah ni..



Asam Pedas DAging
Resepi : Asam Pedas Daging

Bahan-bahan: 
  • daging lembu (lebih kurang saiz besar tapak tangan)
  • 3 senduk cili kering dikisar 
  • 2 bawang merah kecil dan 2 bawang putih dikisar 
  • 3 tangkai serai
  • 1 sudu kulit limau nipis disagat
  • lada hitam
  • 1 asam keping 
  • minyak, garam dan gula
Cara-cara: 
  • rebus daging hingga empuk
  • dalam periuk lain, panaskan minyak, masukkan bawang yang dikisar dan cili kering
  • kacau hingga cili masak, kemudian masukkan daging dan air rebusannya
  • masukkan serai yang telah dititik, kulit limau nipis lada hitam hancur dan asam keping.
  • perasakan garam dan gula. kacau sebati dan siap.




Sayur campur

Resepi: Salad panas kobis

Bahan-bahan:
  • 1/4 kobis
  • 1/2 genggam kacang panjang dipotong
  • tempe dipotong dadu
  • 1/2 lobak merah dipotong bulat
  • 1 bawang putih hiris
  • minyak memasak dan garam
  • cili besar jeruk dan bawang goreng
Cara-cara: 
  • goreng tempe dalam minyak banyak hingga rangup dan ketepikan
  • tumis bawang putih hingga naik bau
  • masukkan sayur-sayuran dan sedikit air
  • kacau hingga masak. tambahkan garam secukup rasa dan siap
  • taburkan tempe yang digoreng tadi, cili jeruk dan bawang goreng  ke atas sayur yang siap dimasak.



'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa kesudahan tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai tuhan kami'






Friday, April 5, 2013

# nasi Ayam momMy tOha

Salam..
Rasanya sudah lama sangat aku tak menulis disini.. Fuh..fuh..berhabuk sudah.. Hampir 2 tahun kut..

Kini.. Aku sudah berkeluarga. Allah hadiahkan aku seorang suami  yang penyayang, yang sempurna untukku dan juga anak yang comel.. Alhamdulillah :)

Banyak nak di ceritakan tapi untuk kali ini cukup la dulu pasal diri aku.. Mari ke kisah masakan aku pula..hehee

Hidangan ini aku masak 2 minggu sudah dgn pan non stik avon hadiah dari makkucayang.. Ala pan yang sejibik macam pan ajaib jenama ikan..

Ni la dia nasi ayam mommy toha.. Ayam gril dimakan dengan nasi yang dimasak dengan sup ayam disertakan salad bersos home made 1000 island.




nasi ayam mommy toha
Resepi : Nasi ayam Mommy Toha

bahan-bahan dan cara memasak :

Untuk nasi ayam

  • stok ayam
  • beras
  • kulit manis, bunga lawang dan sekawan
  • garam
-tumis rempah sekawan, dan masukkan stok ayam dan garam, 
-kemudian masukkan beras yang telah dibasuh bersih
-tanak nasi dalam periuk elektrik

Untuk Ayam grill
  • 3 ketul ayam yang direbus (guna peha ayam)
  • kicap dan garam
  • minyak zaitun
-panaskan pan grill non stick
-gaulkan ayam yang direbus degan kicap, garam dan minyak zaitun
-panggang hingga kulit ayam macam hangus dan siap
-ambil pisau besar ketuk ayam dan potong hiris

Untuk sup kentang
  • stok ayam
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • tomato dipotong kecil
  • 1 bawang kecil dihiris
  • rempah sekawan
  • minyak menumis dan garam
-tumis bawang, rempah hinga naik bau dan masukkan stok ayam
-masukkan kentang, biar hingga kentang masak dan masukkan tomato
-tambah garam secukup rasa

Untuk Salad kobis 1000 island
  • kubis hiris halus
  • tomato potong dadu
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu cuka/ jus lemon 
  • 4 sudu mayonaise
  • 1 bawang putih jeruk dihiris hancur
  • 1 sudu minyak zaitun
  • garam
-satukan sos cili, mayonaise ,cuka/jus lemon, bawang jeruk, minyak zaitun dan garam, kacau hingga sebati
-curahkan sos ke atas kobis dan tomato yang dihiris tadi
-gaul sebati dan siap

Untuk kicap cili
  • 3-4 cili padi dicincang
  • kicap
  • 1 sudu cuka/jus limau
  • gula secukup rasa
-satukan bahan, tambah air jika perlu
  



'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa kesudahan tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai tuhan kami'


Sunday, August 7, 2011

# ramadhan



salam


puasa.. myDinNer pun berpuasa.. dapur berpuasa sebulan.. memasak pun setakat untuk sahur.. selamat berpuasa.. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas.. insyaAllah..

ermm.. teringin bertemu lailatul qadar.. ada peluang kah untuk aku??








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...