Thursday, May 19, 2011

#42 nasi goreng CeNDaAwan



salam..


nampak sangat aku kekurangan idea untuk meng'update' blog nih.. bukan apa.. rutin memasak seperti biasa setiap hari selasa, rabu dan khamis.. al maklum isnin dan jumaat ada pasar malam.. (tak ada motif untuk beritahu.. heh!)

aku paling suka mahluk tuhan yang diketogorikan (aish.. aku tak tahu ejaan sebenar) sebagai kulat nih.. cendaWAn.. boleh dikatakan semua jenis cendawan aku suka.. cuma cendawan yang beracun dan berbau busuk macam cendawan keras tu.. yang selalu jumpa dalam sepinggan mee sizlling di klcc.. uhu..


lama da tak makan cendawan yang kecil-kecil.. apa ya nama cendawan tu.. buat gulai lemak kuning tersangat la sedap.. anak makcik milah tak nak jual ke macam dulu-dulu?? haaa... cendawan kukur nama dia.. satu lagi cendawan busut.. itu lagi lama tak ketemu.. buat sup memang layan.. pernah makan sampai muntah-muntah sedap terlalu banyak makan.. haish..


dan ini.. nasi goreng cendawan.. guna cendawan tiram.. satu-satunya cendawan yang tersangat senang untuk ditemui kat kedai-kedai apatah lagi pasar-pasar malam.. satu bungkus ada tiga tangkai besar cendawan berharga RM1.50.. masak sekali semua.. simpan lama nanti busuk.. buat nasi goreng ikut 'style' makcik kelantan masak.. (gerai kelantan kat kg baru).. lain sket sebab nasi goreng dan cendawan diasingkan.. erm.. boleh tahan.. (ehem.. masak sendiri..puji sendiri.. makan sendiri..huhu)







'Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...