Thursday, December 30, 2010

#38 saDin kUHitAm

salam..

masak sadin dalam tin.. terutamanya 'ayam di luar ikan di dalam' boleh dipelbagaikan.. jangan terikat pada resepi yang sama dan yg diperturun dari turun temurun.. yer.. aku suka ubah resepi sendiri.. sebab memasak asasnya sama.. aiseyh.. ayat cam pakar memasak.. pakar memakan boleh la.. haha

dan ini dia mYDinNer sadin lada hitam.. aku jatuh cinta pada lada hitam sejak kenali myzot.. pencinta lada hitam terhebat yang aku pernah jumpa.. sayang dan rindu myzot! memasak lebih mudah dengan perencah nasi goreng lada hitam ala warung maggi.. buat apa susah-susah.. kita yang buat dia..hee



sadin ku hitam



iklan tak berbayar.. ikhlas di mYDinner





''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Tuesday, December 14, 2010

#37 bLackPepper ChiCKEN spAghetti

salam..


padahal malam ini aku rancang tak nak makan malam.. sebab rasa kenyang lagi makan tengahari tadi.. tambah pula kenyang makan malam semalam di Seoul Garden @ OU.. kalau la boleh camtu.. sangat jimat.. tak rugi makan banyak-banyak dan bayar mahal-mahal.. tapi itu mustahil buat manusia biasa macam aku nih.. uhuk..


"seseorang yang perlukan peringatan.. maka ingatkanlah dia"


peringatan itu la yang sebab aku batalkan hasrat TAKNAK! makan malam.. esok sudah 9 muharram..kemudian 10 muharram.. masa duduk asrama dulu.. lusa adalah masa untuk bergotong-royong membuat bubur asyura.. erm.. lama dah tak makan.. eh.. bubur asyura tu tak sama ke dengan bubur lambuk??

selera malam ini lebih kepada spegeti.. sos pula sama seperti membuat sos lada hitam.. ramuan utama tomato, bawang putih, serbuk lada hitam separa hancur, serbuk sup ayam.. dan terpenting ayam.. untuk dapatkan sepinggan lengkap.. aku rebus saki baki bunchis yg ada.. ambil idea dari cafe Ikea.. masak sebatang-sebatang bunchis tuh.. comel gak.. ;)

maka terhasil la MyDinNer black pepper chicken spaghetti .. tulis nama omputih glamer sket.. hehe.. sesiapa yang berminat nak resepi boleh email kepada saya di faridh417@gmail.com.. eh tiba2.. apakah?



siap dengan air soya di gelas yang glemer juga



''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''







Wednesday, December 1, 2010

#36 ikanGOREngJer


salam..

aku tak sangka doa selepas yg selalu kita amalkan.. dari kecil sampai besar adalah hadith dha'if.. walaupun lemah.. sekurang-kurangnya bukan palsu.. tak salah untuk di amalkan.. wallahualam.. untuk tahu lebih lanjut mungkin boleh klik pada link nih --> Cikgu Arie


berbalik pada menu makan malam hari ni.. iaitu tak lain bukan.. mYDinNer ikan goreng dan dilengkapkan dgn sup cendawan.. masak seketul untuk aku seorang je.. hmm.. cukup lah kan...dah jadi 2 orang nanti masak la 2 ketul.. bila dah masuk 3 orang.. masak 3 ketul pulak.. dan angka terus-menerus bertambah secara linear lah.. gheh~






“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam''



''Segala puji bagi Allah dengan pujian sebanyak-banyaknya, sebaik-baiknya dan penuh keberkatan padanya tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai Tuhan kami''




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...